SELAMAT DATANG KE BLOG MOHD RIZAL BIN SA'EH

BAHAN PENGAJARAN TEACHING AIDS


              Bahagian ini akan hanya membincangkan tajuk pengajaran isipadu cecair dengan menguna-pakai pilihan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan aktiviti pengajaran bagi murid-murid Tahun 2.Bagi mengajar topik ini, bahan yang sesuai amatlah penting untuk menerang konsep isipadu cecair kepada pelajar. Sebagaimana matapelajaran yang lain, kriteria bahan yang digunakan perlulah diambilkira terlebih dahulu. Kesesuaian bahan bantu mengajar yang sesuai perlulah memiliki ciri seperti mudah didapati. Perkara ini membolehkan guru senang untuk mendapatkan bahan tersebut dan sekaligus menjimatkan masa guru. Selain daripada itu, bahan yang akan digunakan juga perlulah bersifat ekonomi dan tidak terlau mahal. Perkara ini akan membolehkan seseorang guru mendapatkan bahan tersebut dengan senang dan mudah. Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga perlulah berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingat oleh pelajar jika dijadikan contoh. Tambahan pula, bahan bantu mengajar hendaklah sesuatu yang dikenalpasti oleh guru tersebut untuk direka dan digunakan. Aras pelajar juga perlulah diambilkira oleh guru sebelum memilih sesebuah bahan bantu mengajar.Terdapat pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Untuk mengajar tajuk mengukur isipadu cecair yang melibatkan unit tidak piawai, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar daripada bahan terpakai dan mudah didapati sekaligus menjimatkan kos dan tenaga.Oleh yang demikian, untuk tajuk yang akan saya libatkan ini, iaitu isipadu cecair, saya amat bersetuju untuk menggunakan bahan terpakai bagi memperkenalkan ukuran tidak piawai ke atas isipadu cecair. Bahan-bahan ini mudah diperolehi disekitar kawasan dan apabila kita menggunakan bahan-bahan seperti ini secara tidak langsung kita dapat kitar semula bahan-bahan yang terpakai.


BAHAN PEMBELAJARAN PERTAMA


                 Bahan pembelajaran pertama yang saya gunakan ialah  sebotol plastik air mineral yang bersaiz besar, sebotol plastik air mineral yang bersaiz kecil dan satu cawan air mineral. Dengan menggunakan cawan mineral dan botol mineral yang kecil, saya ingin menjelaskan dan menerangkan konsep isipadu terhadap murid. Dalam pada itu dengan bantuan dua alat ini murid dapat membezakan bekas yang mengandungi cecair yang banyak.Bahan pembelajaran ini adalah sesuai untuk murid-murid yang lemah pembelajarannya kerana ia sesuai digunakan untuk menerangkan konsep lebih banyak daripada dan kurang daripada. Bahan-bahan ini juga tidak menggunakan ukuran piawai yang tetap bagi memudahkan murid yang lemah menguasai kemahiran yang ingin disampaikan oleh guru.Murid-murid pada masa kini lebih suka kepada aktiviti luar atau outdoor activity dan juga sesuatu yang mencabar. Aktiviti-aktiviti luar yang mencabar akan dapat menarik minat mereka untuk mempelajari sesuatu perkara. Guru-guru boleh menggunakan  bahan bantu mengajar yang sesuai untuk menarik minat murid. Penggunaan bahan bantu mengajar juga sesuai dan berkaitan dengan kehidupan murid supaya ianya lebih konkrit dan dapat diingati oleh murid. Bahan tersebut juga dapat dilihat sebagai salah satu cara untuk memberi pengalaman dan kefahaman yang lebih jelas kepada murid.Terdapat pelbagai jenis bahan bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Untuk mengajar tajuk mengukur isipadu cecair yang melibatkan unit tidak piawai, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar daripada bahan terpakai dan mudah didapati sekaligus menjimatkan kos dan tenaga.


                                                BOTOL AIR MINERAL BESAR & KECIL



                                                              CAWAN AIR MINERAL

 
BAHAN PEMBELAJARAN KEDUA
                

              Bahan pembelajaran yang kedua adalah digunakan untuk murid-murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi.Bagi murid-murid ini, saya memilh bahan-bahan yang mempunyai ukuran piawai seperti dua biji silinder yang berbeza saiznya dan juga jug penyukat. Peralatan piawai mempunyai unit ukuran yang standard.  Jawapan yang diperolehi juga lebih tepat.Alat piawai ini dihasilkan bagi memudahkan individu membuat pengukuran dengan lebih tepat.  Terdapat 2 unit yang diguna pakai iaitu liter dan milliliter.  Unit liter biasanya digunakan untuk menyukat cecair dalam jumlah yang banyak seperti jumlah air di dalam kolam mandi.  Sementara unit milliliter pula lebih sesuai digunakan untuk menyukat pada kuantiti yang lebih kecil seperti jumlah air di dalam botol.Bahan-bahan ini adalah untuk membezakan isipadu yang dapat menampung sesuatu bekas.Bahan-bahan tersebut mudah diperoleh kerana terdapat di makmal sains sekolah.Bahan-bahan ini juga mudah digunapakai dan di selenggara oleh murid.Selain itu, guru juga boleh menunjukkan cara yang betul untuk mengukur dan membaca sukatan pada silinder penyukat dan jug penyukat.Apabila murid-murid dapat mengukur menggunakan unit ukuran piawai, secara tidak langsung murid-murid dapat membezakan isipadu yang dapat ditampung oleh sesuatu bekas dengan menggunakan unit ukuran piawai. 


                                                                JUG PENYUKAT            

             
                                                             
                                                              SILINDER PENYUKAT

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA