
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan isipadu ini perlu dilaksanakan kepada para pelajar agar mereka lebih jelas konsep isipadu yang sebenar. Apabila mereka mengalami sendiri dan menjalankan sendiri aktiviti tersebut, pemahaman mereka lebih kukuh dan konsep ini disimpan di dalam minda mereka untuk tempoh yang lebih panjang. Seterusnya konsep ini dapat diaplikasikan dalam situasi sebenar contohnya di rumah dan dalam subjek lain seperti sains. Satu cara mudah yang dapat dilakukan ialah meminta para pelajar anda mengutip beberapa bekas seperti botol-botol air mineral, tin-tin minuman ringan dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini adalah sesuai untuk dijadikan alat bahan bantu mengajar guru bagi murid berpencapaian renadah kerana alat-alat ini tidak melibatkan ukuran piawai. Aktiviti yang dipilih melibatkan dua kelompok pelajar. Kelompok pertama ialah kumpulan murid yang agak lemah dan kumpulan kedua melibatkan murid yang cemerlang.
A ) AKTIVITI DEMONTRASI ( PELAJAR KECERDASAN RENDAH )
Tahun : 2 Maju
Tarikh : 20 Ogos 2010
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Tajuk : Isipadu Cecair
Tarikh : 20 Ogos 2010
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub Tajuk : Mengukur Dan Membandingkan Isipadu Cecair
Objektif : Diakhir P&P murid dapat:
1. Mengukur dan membandingkan isipadu cecair secara
perbandingan terus.
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah belajar bagaimana untuk bandingkan benda benda seperti lebih kurang, banyak atau beberapa, tinggi atau rendah semasa proses pembelajaran sebelum ini.
Alatan :Botol air mineral besar,botol air mineral kecil dan gelas air mineral.
Langkah-langkah :
- Guru memberi penerangan berkaitan dengan isipadu cecair kepada murid.
- Guru menunjukkan 3 alat bantu mengajar untuk menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
- Guru mengisi penuh botol air mineral besar dengan cecair berwarna merah.
- Guru memilih secara rawak seorang murid supaya hadir kehadapan kelas dan menuangkan cecair dibotol air mineral besar ke botol air mineral kecil sehingga penuh.
- Guru menerangkan terdapat baki air di dalam botol air mineral besar setelah dituang penuh ke dalam botol mineral kecil.
- Guru meminta seorang murid menandakan baki aras air dibotol air mineral besar menggunakan pen biru.
- Setelah ditanda, guru menyuruh murid menuangkan kembali cecair dari botol mineral kecil ke botol mineral besar.
- Guru meminta murid menuangkan penuh cecair dari botol mineral besar ke gelas mineral.
- Guru menerangkan terdapat baki air di dalam botol air mineral besar setelah dituang penuh ke dalam gelas mineral.
- Guru meminta seorang murid menandakan baki aras air di botol air mineral besar menggunakan pen merah.
Penutup :
- Guru membuat kesimpulan bahawa apabila cecair dituang penuh ke dalam kedua-dua bekas terdapat perbezaan baki cecair yang tinggal.
- Guru menjelaskan bahawa baki cecair yang sedikit ( pen biru ) adalah untuk bekas yang dapat menampung cecair yang banyak seperti botol air mineral kecil.
- Manakala baki cecair yang banyak ( pen merah ) adalah untuk bekas yang dapat menampung cecair yang sedikit.
- Kesimpulannya botol air mineral kecil dapat menampung lebih bayak air daripada gelas air mineral kerana setelah dituang penuh ke dalam gelas air mineral baki cecair yang tertinggal lebih banyak daripada botol air mineral kecil.