![]() |
Kapasiti cecair dapat diukur dengan menggunakan unit yang standard atau unit bukan standard. Unit standard adalah seperti milimeter (ml) dan liter (l) dalam sistem metrik. Kajian yang berkaitan mengukur jumlah isipadu cecair boleh dilakukan ke atas sesuatu bekas yang mempunyai perbezaan dari segi saiz dan bentuk. Pengkajian berkaitan dengan keupayaan atau jumlah cecair melibatkan manipulasi bekas-bekas pelbagai saiz yang boleh diperolehi dengan cara membeli atau mendapatkan daripada tong sampah kitar semula untuk tujuan aktiviti-aktiviti bilik darjah.Untuk murid-murid yang berpencapaian tinggi, saya telah memilih bahan-bahan yang mempunyai unit ukuran piawai seperti silinder dan jug penyukat untuk membezakan kemampuan sesuatu bekas untuk menampung cecair.Ini kerana murid-murid berpencapaian tinggi mahir dan mudah untk memahami konsep ukuran unit piawai.
B ) AKTIVITI DEMONTRASI ( PELAJAR KECERDASAN TINGGI )
Tahun : 2 Cemerlang
Tarikh : 20 Ogos 2010
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Tajuk : Isipadu Cecair
Tarikh : 20 Ogos 2010
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Tajuk : Isipadu Cecair
Sub Tajuk : Mengukur Dan Membandingkan Isipadu Cecair
Objektif : Diakhir P&P murid dapat:
1. Mengukur dan membandingkan isipadu cecair menggunakan unit ukuran
piawai.
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah belajar bagaimana untuk bandingkan benda-benda seperti lebih kurang, banyak atau beberapa, tinggi atau rendah semasa proses pembelajaran sebelum ini.
piawai.
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah belajar bagaimana untuk bandingkan benda-benda seperti lebih kurang, banyak atau beberapa, tinggi atau rendah semasa proses pembelajaran sebelum ini.
Alatan : Botol air mineral kecil , gelas air mineral dan silinder penyukat
Langkah-langkah :
- Guru memberi penerangan tentang isipadu cecair.
- Guru memperkenalkan unit ukuran piawai bagi cecair iaitu mililiter dan liter.
- Guru memberikan contoh botol air mineral kecil yang telah diisi penuh dengan cecair warna merah.
- Guru memanggil rawak seorang murid untuk tampil ke hadapan dan meminta murid menuang cecair di botol air mineral kecil ke dalam silinder penyukat.
- Guru menerangkan dan menjelaskan cara-cara yang betul untuk membaca ukuran isipadu pada silinder penyukat.
- Guru meminta murid mencatat bacaan ukuran dalam mililiter bagi cecair yang ada pada botol mineral kecil.
- Guru memberikan contoh gelas air mineral yang telah diisi penuh dengan cecair warna merah.
- Guru memanggil secara rawak seorang murid tampil ke hadapan untuk menuang cecair pada gelas mineral ke dalam silinder penyukat.
- Guru meminta murid membaca ukuran isipadu cecair pada silinder penyukat dalam ukuran mililiter dan seterusnya meminta murid mencatat ukuran tersebut di dalam buku nota.
- Guru membimbing murid membanding beza kedua-dua ukuran itu tadi.
Penutup:
- Setelah murid mencatat kedua-dua ukuran isipadu di dalam unit mililiter, murid mendapati ukuran isipadu bagi botol air mineral ialah 550ml manakala ukuran isipadu bagi gelas air mineral ialah 400ml.
- Guru menjelaskan ukuran isipadu yang besar menunjukkan bahawa bekas tersebut boleh menampung isipadu yang banyak.
- Manakala ukuran isipadu yang kecil menunjukkan bahawa bekas tersebut tidak boleh menampung isipadu yang banyak.